Popular Posts

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you.. :)

Bismillah

Maha Suci Allah..

Wednesday, 27 March 2013

Pengidap Gastrik

Memahami Gastrik ANDA  & Ketahui .. PENYELESAIANNYA...

Gastrik adalah masalah yang sangat lazim dalam masyarakat kita. Ia bukan penyakit, tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter(10 inci)  dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut.

Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan


Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Secara umumnya, Gastrik  dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
~ Gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut)
~ ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Namun kebiasaannya, apabila orang berkata mereka ada masalah Gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama iaitu Gastritis.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik akan berlaku apabila ada makanan (protein) yang memerlukan proses pencernaan berlaku.

Dan Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (mukosa menjadi lemah).


Ini menyebabkan rembesan asid hidroklorik tadi boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan pada dinding perut (ulser).


 

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda Gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah). Tempoh pengambilan ubat bagi seseorang individu yang mengalami gastrik itu mungkin berbeza-beza kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu sahaja sudah cukup untuk menyebabkan masalah ini.
  • Merokok, pengambilan minuman keras (alkohol) atau dadah (kokain) yang berlebihan juga boleh mengganggu proses penghasilan mukosa bikarbonat yang mengakibatkan dinding perut terdedah kepada tindakbalas asid hidroklorik dan seterusnya mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa).


  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan.

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
  • Antasid - Bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
  • Antagonis H2 - Berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
  • Perencat pam proton (PPI) - Bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat?
Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Punca-punca lain Gastrik 

RINGKASAN
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
  • Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Info sihat ini dipetik dari blog SIHAT SELALU...

Berikut adalah produk-produk 4life yang sesuai untuk pesakit Gastrik :

 In Syaa Allah❤ 



Alhamdulillah.. Alhamdulillah...Maha Suci Allah..




(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan..
Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –
“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”) ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu tidak mahu berubah. Renung-renungkan :)

Rawatan Tanpa Ubat :
  • Alhamdulillah: Boleh diambil beserta rawatan yang sedia ada
  • Semua produk pemakanan yang dijual oleh ForLife Research Sdn Bhd disahkan Halal oleh IFANCA (Islamic Food and Nutrition Council of America).
  • IFANCA adalah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai perbadanan Islam yang mengeluarkan sijil Halal bagi daging dan serta produk lain yang dieksport ke dalam Malaysia.


BAGUSNYA TRANSFER FACTOR:
Transfer Factor boleh membantu disamping meneruskan rawatan yg sedia ada.
Transfer Factor adalah asas "sistem pertahanan asli" untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan Transfer Factor akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu. In Syaa Allah

Panjangkan Silaturrahim , Kongsikan Manfaat bg yg memerlukan :
Salam Qaseh : Lisa : 019-2457680 - sms
Facebook : Iman 4Life - PM
nurlisamaisarah@rocketmail.com - email

PERBAIKI SISTEM IMUN BADAN ANDA DENGAN TRANSFER FACTOR …

Untuk Kekal Sihat :  Proses Perawatan@Pemulihan - In Syaa Allah
Cegah Sebelum KenaRawat Sebelum Parah


No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...